Covid-19: 4 kes dikesan melalui saringan sebelum rentas negeri

Empat kes baharu Covid-19 di Sabah dikesan melalui ujian saringan sebelum merentas negeri.
Empat kes baharu Covid-19 di Sabah dikesan melalui ujian saringan sebelum merentas negeri.
A
A
A

KOTA KINABALU - Sebanyak empat kes baharu Covid-19 di Sabah pada Khamis dikesan melalui ujian saringan sebelum merentas negeri, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun.

Jurucakap rasmi Covid-19 kerajaan negeri itu berkata, kesemua kes melibatkan dua rakyat Malaysia dan dua rakyat asing.

"Individu terlibat berhasrat berlepas ke Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan," menurutnya dalam kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata, daripada sejumlah 249 kes positif Covid-19 yang dicatatkan Sabah pada Khamis, sebanyak 149 kes adalah daripada saringan kontak rapat diikuti saringan bergejala (47 kes), saringan kluster sedia ada (13 kes), saringan kendiri (enam) dan selebihnya kategori saringan lain.

Katanya, kapasiti penggunaan katil bagi rawatan Covid-19 adalah pada 26.18 peratus dengan kapasiti keseluruhan katil di Hospital Covid-19 sebanyak 966 unit manakala di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah ialah 5,432 unit. - Bernama

Artikel Berkaitan: