Bekas Speaker DUN Johor meninggal dunia

Allahyarham Mohamad Aziz
Allahyarham Mohamad Aziz
A
A
A

JOHOR BAHRU - Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Tan Sri Mohamad Aziz meninggal dunia pada jam 10.10 malam di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru akibat sakit tua.

Berita duka itu dikongsi anaknya, Yusof Mohamad Aziz sebentar tadi.

“Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda saya Tan Sri Mohamad Aziz baru sahaja meninggal dunia sebentar tadi di Hospital Sultan Ismail, JB.

"Jenazah akan dibawa ke rumah Nong Chik, Johor Bahru. Jenazah akan di kebumikan esok Jumaat,” katanya menerusi satu kiriman WhatsApp.

Allahyarham yang menjadi Ahli Parlimen Sri Gading selama tiga penggal bermula 1999 hingga 2013 adalah bekas Timbalan Pengerusi Tetap UMNO.

Artikel Berkaitan: