Trend beli barangan tempatan rakyat Malaysia atasi negara jiran

Kajian dijalankan UOB Asean Consumer Sentiment mendapati tujuh daripada 10 penduduk Malaysia membeli barangan tempatan dan menyokong Kempen Beli Barangan Malaysia dan Program Jualan Malaysia.
Kajian dijalankan UOB Asean Consumer Sentiment mendapati tujuh daripada 10 penduduk Malaysia membeli barangan tempatan dan menyokong Kempen Beli Barangan Malaysia dan Program Jualan Malaysia.
A
A
A

SHAH ALAM - Insiaitif membeli barangan jenama tempatan yang dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapat sokongan positif daripada rakyat Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, perkara itu boleh dilihat melalui trend pembelian barangan tempatan rakyat Malaysia yang didapati telah mengatasi negara jiran yang lain.

Beliau berkata, perkembangan tersebut memberikan isyarat positif kepada usaha untuk menyemarakkan semula sektor perniagaan domestik yang terjejas akibat Covid-19.

“Kajian yang dijalankan oleh UOB Asean Consumer Sentiment mendapati tujuh daripada 10 penduduk Malaysia atau 69 peratus membeli barangan tempatan dan menyokong Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) dan Program Jualan Malaysia (PJM) anujuran KPDNHEP.

“Trend membeli produk dan jenama Malaysia juga lebih kuat berbanding negara jiran kita iaitu Thailand dengan 67 peratus, Vietnam (58 peratus) dan Singapura ( 51 peratus).

“Hanya Indonesia mencatatkan pertumbuhan yang lebih baik dengan mencatatkan sebanyak 72 peratus,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Alexander Nanta Linggi
Alexander Nanta Linggi

Beliau berkata, turut menunjukkan peningkatan dalam jualan domestik adalah sektor perniagaan atas talian bagi urus niaga peruncitan dengan pertambahan sebanyak 41 peratus sejak Mac lalu.

Artikel Berkaitan:

“Ini satu bukti yang menunjukkan lebih ramai pengguna dan perniagaan telah beralih ke internet untuk membeli keperluan dan menjual barangan mereka sebagai langkah pencegahan penularan Covid-19.

“Tinjauan itu juga mendapati bahawa pengguna Malaysia telah mengutamakan perbelanjaan atas talian untuk penghantaran makanan sebanyak 91 peratus, bahan makanan (89 peratus), pakaian (88 peratus), produk kecantikan (85 peratus) dan suplemen kesihatan (84 peratus)," katanya.

Menurutnya, antara dapatan lain yang ditunjukkan dalam kajian tersebut ialah 60 peratus pengguna Malaysia yang ditinjau sanggup berbelanja untuk barang keperluan harian dan kelangsungan kehidupan yang terjejas oleh Covid-19.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 53 peratus rakyat Malaysia didapati tidak akan menyokong jenama yang tidak bertanggungjawab atau yang mengambil kesempatan daripada pengguna semasa tempoh pandemik.