Tambang percuma selama dua minggu untuk pengguna feri

Bot laju yang menggantikan feri ikonik Pulau Pinang akan digunakan bermula 1 Januari 2021.
Bot laju yang menggantikan feri ikonik Pulau Pinang akan digunakan bermula 1 Januari 2021.
A
A
A

GEORGETOWN - Tambang percuma akan diberikan selama dua minggu kepada pejalan kaki yang menggunakan perkhidmatan feri bermula 1 Januari 2021.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Penang Port Sdn Bhd (PPSB) pada Khamis, keputusan itu dibuat hasil daripada perbincangan bersama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

"PPSB akan memberikan tambang percuma kepada pejalan kaki selama dua minggu bermula 1 hingga 14 Januari 2021.

"PPSB komited menyediakan perkhidmatan dan kemudahan feri yang boleh dipercayai untuk kegunaan orang ramai," kata kenyataan tersebut.

Sebelum ini, PPSB mengumumkan perkhidmatan feri di Pulau Pinang untuk kenderaan empat tayar akan dihentikan bermula 1 Januari ini.

Sebaliknya, feri sedia ada akan terus beroperasi untuk kegunaan pengangkutan motosikal dan basikal sahaja.

Ini bermakna, bermula tarikh itu, kesemua kenderaan empat tayar termasuk kereta persendirian tidak lagi boleh menggunakan laluan laut sebagai alternatif untuk ke kawasan pulau atau sebaliknya.

Selain itu, pada tarikh yang sama, penumpang pejalan kaki akan menaiki bot laju yang menggantikan perkhidmatan feri sedia ada bagi menghubungkan penumpang antara bahagian pulau dan Seberang Perai.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Pulau Pinang terima keputusan kekalkan khidmat feri

Perkhidmatan feri Pulau Pinang diteruskan: Tengku Zafrul

Katamaran ganti feri di Pulau Pinang