Daftar e-Bil dan menang kereta!

No Image Caption
A
A
A

Daftar e-Bil dan menang kereta! Itu ganjaran buat pemenang bertuah yang mendaftar e-Bil Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Sejak Januari 2018, Air Selangor sudah memperkenalkan bil air secara atas talian (online) atau e-Bil.

Antara hadiah yang ditawarkan ialah Perodua Myvi, Baucer AEON bernilai RM15,000, Samsung Galaxy S20 FE (128GB), rebat bil air dan banyak lagi.

Dalam kempen Jom e-Bil sebelum ini, Encik Abdul Rahman bin Abdullah berjaya memenangi hadiah utama cabutan bertuah iaitu sebuah kereta Perodua Myvi.

Turut diumumkan nama pemenang peraduan Cari, Daftar & Menang Jom e-Bil yang berjaya memenangi Baucer AEON bernilai RM15,000, Samsung Galaxy S20 FE dan rebat bil air bernilai RM10 selama 10 bulan.

Dalam kenyataan media Air Selangor mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pelanggan yang menyertai peraduan ini.

Untuk melihat senarai penuh nama pemenang, anda boleh layari laman web Air Selangor di https://www.airselangor.com/

#AirSelangor #JomEbil

Artikel Berkaitan: