Isu pekebun durian: Pahang komited pelihara, pertahankan tanah

Wan Rosdy
Wan Rosdy
A
A
A

KUANTAN - Keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan 204 pekebun durian musang king sekitar Raub untuk mendapatkan semakan kehakiman berhubung arahan pengosongan tanah yang dikeluarkan kerajaan negeri sebelum ini merupakan kemenangan besar buat seluruh rakyat Pahang.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri sentiasa komited dalam memelihara dan mempertahankan tanah di negeri ini.

Menurutnya, tindakan tegas diambil bagi memastikan tanah-tanah kerajaan tidak disalahgunakan oleh golongan penceroboh yang tamak dan mementingkan diri sendiri.

"Kerajaan negeri akan sentiasa menggiatkan usaha penguatkuasaan bagi memastikan hak anak-anak negeri ini akan terus dijaga," katanya melalui satu kenyataan di Facebook rasminya pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahkamah tolak permohonan pekebun durian Raub

Beliau berkata, tindakan yang diambil sepertimana dilaksanakan di Sungai Ichat dan Lembah Bertam, Cameron Highlands.

Terdahulu pada Rabu, Wan Rosdy dilaporkan berkata, kerajaan negeri akan meneruskan operasi penguatkuasaan ke atas kebun-kebun haram durian Musang King di Raub dengan kadar segera susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan itu.

Menurut kenyataan beliau itu, mesyuarat Exco pada Rabu bersetuju tindakan penguatkuasaan itu diambil dengan kadar segera memandangkan mereka yang terlibat sudah diberi masa secukupnya.

Artikel Berkaitan: