Sokong saranan cukai tembakau dipotong tangani rokok seludup

RTBA Malaysia menyokong saranan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan di Dewan Rakyat supaya cukai tembakau dipotong separuh bagi menangani aktiviti penyeludupan rokok. Gambar kecil: Fazli Nordin
RTBA Malaysia menyokong saranan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan di Dewan Rakyat supaya cukai tembakau dipotong separuh bagi menangani aktiviti penyeludupan rokok. Gambar kecil: Fazli Nordin
A
A
A

KUALA LUMPUR – Advokasi Runcit dan Jenama Dagang Cawangan Malaysia (RTBA Malaysia) menyokong saranan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan di Dewan Rakyat supaya cukai tembakau dipotong separuh bagi menangani aktiviti penyeludupan rokok.

Pengarah Urusan RTBA Malaysia, Datuk Fazli Nordin berkata, kerajaan Malaysia sebelum ini telah mengambil langkah berani untuk menangani masalah rokok seludup di dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Katanya, beberapa inisiatif termasuk mengukuhkan pasukan petugas khas pelbagai agensi (MATF) dengan penyertaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Pusat Jenayah Kewangan Kebangsaan selain mengumumkan langkah mengehadkan aktiviti transhipment rokok ke akan membantu menangani masalah laluan rantaian bekalan ke satu tahap khusus.

“Walau bagaimanapun, faktor teras mendorong perdagangan rokok seludup adalah jurang harga antara produk sah dan seludup mengakibatkan tahap kritikal rokok seludup di Malaysia. Terdapat kajian antarabangsa dan tempatan yang menyokong fakta tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Pada sidang Dewan Rakyat baru-baru ini, Ahmad Maslan mencadangkan supaya diadakan program perintis dua tahun bagi membolehkan syarikat-syarikat tembakau menjual rokok sah pada harga RM8 sekotak, yang dekat dengan harga sekotak rokok seludup.

Ahmad Maslan juga berkata bahawa Malaysia merupakan pasaran rokok seludup terbesar di dunia, mewakili 64 peratus penguasaan pasaran.

Rokok-rokok lazimnya `lenyap’ di Malaysia semasa proses transhipment sebelum rokok-rokok itu dieksport semula ke negara lain sehingga Malaysia kehilangan kira-kira RM5 bilion dari segi hasil cukai rokok setiap tahun.

Artikel Berkaitan:

 Ahmad Maslan
Ahmad Maslan

Laporan tahunan KPMG ‘Illicit Tobacco in Australia’ mendedahkan situasi rokok seludup di Australia telah meningkat sangat besar daripada 14 peratus pada 2018 menjadi lebih 20 peratus pada 2019, susulan pertambahan cukai sementara sebanyak 12.5 peratus pada Mei 2016.

Laporan terkini oleh Jawatankuasa Bersama Parlimen Australia mengenai Pasaran Rokok Seludup turut mengesahkan bahawa dasar berasaskan harga Australia untuk mengawal tembakau sebenarnya telah gagal.

Laporan Jawatankuasa Bersama Parlimen itu turut mendedahkan bahawa pada 2018 dan 2019, sejumlah 633 tan rokok tidak sah telah dirampas, yang merupakan rekod baharurampasan terbesar.

Laporan RTBA sendiri bertajuk ‘Illicit Tobacco in the Asia-Pacific Region: Causes and Solutions’ yang diterbitkan pada April 2020 menunjukkan bahawa jualan rokok seludup di Malaysia telah meningkat daripada 37 peratus pada 2015 menjadi 65 peratus pada 2020.

Menurut Fazli, pertambahan ini adalah susulan kenaikan besar cukai ke atas rokok pada 2015 dan sangat jelas bahawa angka besar itu membuktikan apa yang kita risaukan selama ini.

"Oleh itu, Datuk Seri Ahmad Maslan adalah tepat apabila mengenal pasti bahawa perubahan cukai merupakan penyelesaian terbaik untuk menyokong inisiatif penguatkuasaan yang dipertingkatkan di dalam Belanjawan2021 bagi menangani pasaran rokok seludup secara menyeluruh,” katanya.

Fazli berkata bahawa ada pakar cukai yang bersetuju dengan cadangan ini contohnya, Pengerusi Tricor Malaysia, yang juga Presiden Institut Akauntan Malaysia, Dr Veerinderjeet Singh telah mencadangkan supaya syarikat rokok dibenarkan untuk memperkenalkan produk baharu, dikenakan cukai pada kadar lebih rendah menerusi tahap percukaian baharu.

“Ia akan mewujudkan segmen rokok sah paling rendah yang secara nyata dapat bersaing dengan rokok seludup berasaskan harga,” katanya merujuk kepada idea Dr Veerinderjeet itu.

Beliau berkata, RTBA Malaysia percaya bahawa penyelesaian ini boleh secara berkesan mengekang pasaran seludup dari segi perspektif dipacu permintaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kaji semula kesan cukai terhadap produk tembakau

Atasi jurang harga untuk hentikan pasaran gelap tembakau