Mourinho tak puas hati aksi Dele Alli

Alli (kiri) berebut bola dengan pemain Stoke pada aksi suku akhir Piala Liga Inggeris (EFL) berdepan Stoke di Stadium Britannia pada awal pagi Khamis.
Alli (kiri) berebut bola dengan pemain Stoke pada aksi suku akhir Piala Liga Inggeris (EFL) berdepan Stoke di Stadium Britannia pada awal pagi Khamis.
A
A
A

PENGENDALI Tottenham Hotspurs Jose Mourinho menyifatkan pemainnya, Dele Alli cuai dan menyebabkan gawang Spurs berjaya dibolosi pada aksi suku akhir Piala Liga Inggeris (EFL) berdepan Stoke di Stadium Britannia pada awal pagi Khamis.

Menurut Mourinho, biarpun skuad kendaliannya itu mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir setelah menewaskan Stoke 3-1, namun dia tetap tidak berpuas hati dengan kecuaian kesilapan yang dilakukan Alli.

“Bagi saya, pemain yang beraksi di posisi Ali seharusnya menjadi pemain yang membantu mencipta peluang dan bukannya mencipta masalah kepada pasukannya sendiri.

“Pada awal separuh masa pertama, permainan kami agak baik dan mereka (Stoke) langsung tidak menyentuh bola.

“Namun pada separuh masa kedua, mereka berjaya melakukan serangan balas dan kemudian menjaringkan gol. Ya, ini yang menyebabkan saya marah,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, Spurs membuka jaringan menerusi jaringan Gareth Bale pada minit ke-22.

Bagaimanapun, pada separuh masa kedua Alli dilihat melakukan kesilapan apabila gagal mengawal kemas lorongan rakan sepasukan dan menyebabkan bola berjaya dilarikan pemain Stoke sebelum Jordan Thompson merembat gol penyamaan pada minit ke-53.

Bagaimanapun, Spurs sekali lagi bangkit menerusi jaringan Ben Davies pada minit ke-70 sebelum Harry Kane menjaringkan gol ketiga pelawat pada minit ke-81 untuk mengesahkan kemaraan skuad The Liliwhite itu ke separuh akhir Piala Liga musim ini.

Artikel Berkaitan:

Sementera itu, Mourinho yakin skuad kendaliannya itu mampu mara ke final Piala Liga kali ini.

Menurut Mourinho dia turut yakin memenangi piala berkenaan bersama Tottenham Hotspurs kali ini setelah memenanginya tiga kali bersama Chelsea dan sekali bersama Manchester United sebelum ini.

“Semua pasukan yang kini berada dalam saingan separuh akhir kali ini mahu berjuang memenangi Piala Liga.

“Apa pun, kami tetap akan memberikan aksi sebaik yang mungkin untuk mara ke final dan seterusnya memenangi Piala Liga kali ini,” katanya.