Pesara guru rugi RM1.8 juta diperdaya Macau Scam

Seorang pesara guru kerugian RM1.8 juta selepas diperdaya sindiket Macau Scam, bulan lalu.
Seorang pesara guru kerugian RM1.8 juta selepas diperdaya sindiket Macau Scam, bulan lalu.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang pesara guru kerugian RM1.8 juta selepas diperdaya sindiket Macau Scam, bulan lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Superitendan Aibee Abd Ghani berkata, mangsa wanita berusia 66 tahun itu pada mulanya dihubungi seorang lelaki pada 28 Oktober lalu yang mendakwa dirinya terlibat kes penipuan dan pengubahan wang haram.

"Lelaki itu memperkenalkan diri sebagai sarjan Albert Lai dari Ibu Pejabat Kontinjen(IPK) Kuantan, Pahang.

"Kemudian pada 31Oktober, mangsa dihubungi oleh suspek lain yang mendakwa sebagai Inspektor dari Bukit Aman dan meminta butiran maklumat akaun simpanan mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, mangsa kemudian diminta mengeluarkan semua wang di dalam akaun simpanannya untuk siasatan polis.

Beliau berkata, mangsa juga diminta merahsiakan semua perkara itu daripada ahli keluarga kononnya bagi menjamin keselamatan anak-anaknya.

"Disebabkan percaya, mangsa mengikut segala arahan dan turut menyerahkan sekeping kad pengeluaran wang automatik (ATM) kepada suspek.

"Dalam tempoh antara 6 November sehingga 26 November, mangsa membuat sebanyak 148 transaksi terhadap pelbagai akaun dengan nilai wang keseluruhan RM1,824,714.83," katanya.

Artikel Berkaitan:

Aibee berkata, mangsa yang menyedari tertipu membuat laporan polis pada Khamis.

.