X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 24 Oktober 2021

Korea Selatan meterai perjanjian beli vaksin Covid-19 Janssen, Pfizer

Vaksin Covid-19 keluaran syarikat farmaseutikal antarabangsa Pfizer.
A
A

SEOUL - Korea Selatan menandatangani perjanjian dengan dua pengeluar ubat global, Janssen dan Pfizer, untuk pembelian vaksin Covid-19 dan merancang memulakan vaksinasi pada suku kedua 2021, kata Perdana Menteri, Chung Sye-kyun pada Khamis.

Sye-kyun berkata, di bawah perjanjian itu, Seoul akan menerima enam juta dos vaksin daripada Janssen dan 10 juta lagi dos dibekalkan Pfizer, lapor Agensi Berita Yonhap.

Awalnya, Korea Selatan merancang mendapatkan dua juta dos vaksin Janssen. Kerajaan dijadual mula menawarkan vaksin itu pada suku kedua tahun depan, tambahnya.

Dos vaksin Pfizer dijadual tiba di Korea Selatan pada suku ketiga 2021,namun kerajaan menggerakkan semua sumber untuk mempercepatkan penghantaran pada suku kedua, tegas Sye-kyun.

Pengumuman itu dibuat di tengah kritikan hebat mengenai program pemerolehan vaksin terhadap pentadbiran Moon Jae-in.

Pengkritik berpendapat Korea Selatan ketinggalan berbanding negara lain dalam mendapatkan bekalan vaksin kerana Moon "salah perhitungan" dengan keadaan.

Sye-kyun berkata, "kerajaan akan berusaha memastikan rakyat dapat divaksin secepat mungkin, tanpa sebarang kebimbangan, sambil meneliti keselamatan dan keberkesanan vaksin yang didaftarkan (di luar negeri).” - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!