Cadang guna wang KWSP tampung kenaikan kos tunai haji

Kerajaan diminta untuk mencari inisiatif lain termasuk memudahkan pengeluaran simpanan KWSP bagi membolehkan mereka menunaikan ibadah haji.
Kerajaan diminta untuk mencari inisiatif lain termasuk memudahkan pengeluaran simpanan KWSP bagi membolehkan mereka menunaikan ibadah haji.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan diminta mencari inisiatif lain termasuk memudahkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membolehkan umat Islam di negara ini menunaikan ibadah haji.

Seorang bakal jemaah haji, Nor Haffizah Razak, 33, berkata, kerajaan digalakkan untuk menyediakan inisiatif lain bagi memudahkan urusan jemaah haji ekoran kenaikan kos tersebut.

NOR HAFFIZAH
NOR HAFFIZAH

“Mungkin Tabung Haji (TH) atau kerajaan kena fikir inisiatif macam mana rakyat yang nak pergi haji, kena cari inisiatif untuk bantu rakyat.

“Antara cara yang boleh diketengahkan ialah kita boleh mohon untuk pengeluaran KWSP kerana bagi saya, permohonan ini merupakan satu langkah yang baik terutama kepada mereka yang tidak berkemampuan,” katanya Penerbit Rancangan Radio di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) itu ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Pada Selasa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyarankan pendeposit TH untuk menambah simpanan memandangkan kos melaksanakan ibadat haji pada masa hadapan dijangka meningkat berikutan penularan pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, Zulkifli meminta para pendeposit tidak gusar dengan sebarang isu kos kerana perkara itu akan dibincangkan terlebih dahulu dengan pelbagai pihak yang terlibat termasuk di Arab Saudi dan seterusnya akan dibawa ke peringkat Kabinet.

Sementara itu, suri rumah, Rahimah Rahmat, 63, pula mengharapkan agar kenaikan tersebut tidak terlalu tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Berkaitan:

RAHIMAH
RAHIMAH

“Saya setuju dengan kenaikan itu sebab saya faham dengan keadaan sekarang ini. Harapnya kenaikan yang berlaku itu tidaklah tinggi sangat.

“Harap memadai sebab kebanyakan yang mohon bukannya pendapatan tinggi contohnya banyak orang kampung yang dah lama menabung untuk tunaikan haji,” katanya.

Pembantu Tadbir Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah, Norliza Mohd Noor, 51, pula berkata, kenaikan kos itu perlu dipertimbangkan dengan lebih terperinci agar tidak membebankan jemaah haji.

NORLIZA
NORLIZA

“Saya harap biarlah semua bakal jemaah haji mampu untuk menampung harga kenaikan yang akan diumumkan, sebab sekarang musim Covid-19 saya faham agak ramai yang terkesan akibat perkara terbabit,” ujarnya.