Budak maut dirempuh pacuan empat roda

Lokasi kemalangan yang mengorbankan seorang kanak-kanak di KM 8 Jalan Kuala Pilah-Rembang Panas pagi Rabu.
Lokasi kemalangan yang mengorbankan seorang kanak-kanak di KM 8 Jalan Kuala Pilah-Rembang Panas pagi Rabu.
A
A
A

KUALA PILAH - Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas dirempuh sebuah pacuan empat roda ketika melintas jalan di kilometer 8, Jalan Kuala Pilah-Rembang Panas pagi Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 pagi, mangsa, Sofiya Umairah Ab Rahman, 7, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Ghani berkata, berdasarkan siasatan awal, ketika kejadian pemandu pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dalam perjalanan dari arah Bahau menuju ke Seremban.

"Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian mangsa dipercayai telah berlari melintas dari arah rumah datuknya ke seberang jalan ke rumah ibu saudaranya.

"Akibatnya pemandu yang berada di laluannya tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Katanya, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah untuk proses bedah siasat.

"Siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Seksyen Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: