Dewan Negara lulus Belanjawan 2021

Timbalan Menteri Kewangan II Mohd Shahar Abdullah ketika membuat penggulungan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen pada Rabu. - Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Negara pada Rabu meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021).

Rang undang-undang itu diluluskan sebulat suara selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Kewangan, Mohd Shahar Abdullah.

Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 itu melalui tempoh lima hari perbahasan dan penggulungan oleh setiap kementerian selepas dibentangkan di dewan tersebut pada 16 Disember.

Rang undang-undang itu diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 15 Disember melalui undi belah bahagian selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Persidangan Dewan Negara bersambung Isnin. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Belanjawan 2021 lulus di Dewan Rakyat

Belanjawan 2021 lulus, PN lepasi ujian getir

Artikel Berkaitan: