UAE keluarkan fatwa benarkan ambil vaksin

UAE akan mula menawarkan vaksin Covid-19 secara percuma kepada orang awam bermula esok. - Foto: Agensi
UAE akan mula menawarkan vaksin Covid-19 secara percuma kepada orang awam bermula esok. - Foto: Agensi
A
A
A

DUBAI - Majlis Fatwa Emiriah Arab Bersatu (UAE) membenarkan orang Islam mendapatkan vaksin Covid-19 walaupun ia mengandungi ‘bahan tidak halal’, menurut Emirates News Agency (WAM) semalam.

Pihak berkuasa agama tertinggi itu mengeluarkan fatwa itu susulan kebimbangan meningkat dalam kalangan Muslim berhubung bahan yang digunakan untuk menghasilkan vaksin tersebut mungkin dilarang agama Islam.

“Vaksinasi Covid-19 diklasifikasikan sebagai ubat pencegahan untuk individu seperti disarankan agama Islam terutamanya ketika musim pandemik yang mencetuskan risiko kepada masyarakat.

“Penggunaan vaksin itu dibenarkan memandangkan Covid-19 adalah penyakit berjangkit yang berbahaya dan mengancam banyak nyawa,” jelas majlis itu dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, vaksin yang mengandungi bahan dianggap ‘haram’ atau dilarang agama Islam diberi kebenaran untuk digunakan jika tiada alternatif lain.

Sementara itu, Pejabat Media di Dubai memaklumkan kempen vaksinasi menggunakan vaksin Pfizer-BioNTech akan dilakukan secara meluas dan diberikan secara percuma. - Agensi

Artikel Berkaitan: