X

Kindly register in order to view this article
!

PGA rampas 1.296 tan ayam sejuk beku

Azhari (kanan) menunjukkan keadaan ayam beku yang diseludup dari Thailand.
A
A

RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan menggagalkan cubaan menyeludup ayam beku seberat 1.296 tan dalam dua serbuan berasingan di pangkalan haram Jitong di sini awal pagi Rabu.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM57,960 termasuk dua buah kenderaan yang diguna untuk menyeludup ayam beku itu.

"Menariknya, kedua-dua rampasan itu dilakukan ketika kawasan tersebut masih ditenggelami banjir.

"Dalam serbuan pertama jam 5 pagi, PGA merampas 720 kilogram (kg) ayam beku dan sebuah kereta dari jenis Perodua Myvi," katanya kepada pemberita di Markas PGA di Lubok Stol.

Menurutnya, semasa rondaan dilakukan di pangkalan haram itu sepasukan anggota PGA telah terserempak dengan enam lelaki yang sedang memunggah kotak-kotak ayam beku ke dalam sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

Azhari (tengah) bersama pegawainya menunjukkan ayam beku yang dirampas oleh PGA Batalion 7 Kuantan dalam dua serbuan berasingan di pangkalan haram Jitong, Rantau Panjang.
Azhari (tengah) bersama pegawainya menunjukkan ayam beku yang dirampas oleh PGA Batalion 7 Kuantan dalam dua serbuan berasingan di pangkalan haram Jitong, Rantau Panjang.

Katanya, sebaik sahaja melihat kelibat anggota PGA, kumpulan lelaki itu bertindak melarikan diri ke negara jiran menggunakan perahu.

"Hasil pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian membawa kepada penemuan kotak-kotak yang mengandungi ayam beku," katanya.

Azhari berkata, bertempat di lokasi sama dalam tempoh sejam kemudian PGA telah merampas 567 kg ayam beku.

Katanya, selain itu sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi turut dirampas dalam serbuan itu.

"Sepanjang seminggu tempoh penugasan PGA Batalion 7 di Ops Benteng Covid-19, kita telah merampas ayam beku bernilai RM124,932.80 seberat 2,973 kg," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!