Menteri agama jumpa ‘selebriti dakwah’ esok

Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Zulkifli Mohamad Al-Bakri
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan mengadakan pertemuan bersama pendakwah selebriti pada Khamis bagi menyampaikan mesej harmoni dari kerajaan dalam menjaga nama baik golongan agamawan.

Beliau berkata, pertemuan itu dijangka berlangsung di Movenpick Hotel, Sepang pada jam 2 petang.

Menurutnya, menerusi pertemuan itu, banyak perkara dapat dibincangkan di samping bertukar-tukar nasihat.

"Kita akan bertemu dengan selebriti (dakwah) esok (Khamis) jam 2 petang di Movenpick Hotel.

ARTIKEL BERKAITAN: Jururawat pula tampil dakwa jadi mangsa pendakwah selebriti

“Banyak perkara boleh dibincangkan bersama dan mendengar pandangan mereka di samping kita juga dapat memberi nasihat untuk kita sama-sama ingat mengingati,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program Agihan Sumbangan JAWI Food Bank kepada rakan non-Muslim sempena Misi Musa'adah Covid-19 di Majlis Wilayah pada Rabu.

Pertemuan ini dibuat di tengah-tengah kontroversi pendakwah selebriti apabila seorang peserta program realiti TV yang didakwa di mahkamah atas tuduhan seks luar tabii dan merogol melibatkan beberapa mangsa.

Artikel Berkaitan: