X

Kindly register in order to view this article
!

TH perjelas isu kenaikan kos haji

A
A

SHAH ALAM - Tabung Haji (TH) meminta orang ramai tidak salah faham berhubung laporan jemaah perlu menanggung kenaikan kos haji.

Menerusi satu kenyataan, pihaknya masih belum menerima sebarang pengumuman rasmi daripada kerajaan Arab Saudi berkaitan perincian musim haji tahun 1442 Hijrah /2022 Masihi.

“TH mohon agar orang ramai tidak salah faham susulan ralat dalam tajuk laporan tersebut,” katanya pada Rabu.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan pendeposit TH disaran untuk menambah simpanan memandangkan kos melaksanakan ibadat haji pada masa hadapan dijangka meningkat berikutan penularan pandemik Covid-19.

TH menjelaskan, dalam sidang akhbar pada Selasa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah diminta mengulas soalan media berkaitan kenaikan kos haji pada masa hadapan dan saranan kepada para pendeposit.

Bagaimanapun, maklum balas Zulkifli berkenaan soalan tersebut hanyalah saranan supaya para pendeposit tidak gusar dengan sebarang isu kos kerana ini akan dibincangkan terlebih dahulu dengan pelbagai pihak yang terlibat termasuk di Arab Saudi dan seterusnya akan dibawa ke peringkat Kabinet.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!