Gila hidu bau kasut untuk keseronokan seks

Endo mencuri lebih 70 pasang kasut bernilai RM10,600.
Endo mencuri lebih 70 pasang kasut bernilai RM10,600.
A
A
A

TOKYO – JEPUN. Seorang lelaki pertengahan umur ditahan kerana mencuri lebih 70 pasang kasut untuk tujuan ‘keseronokan seks’.

Makoto Endo, 40, melakukan perbuatan pelik itu di Tochigi dan Saitama, timur Jepun kerana dia suka menghidu bau kasut.

Menurut Endo, dia tidak kisah jika kasut itu adalah milik wanita atau lelaki.

Media tempatan melaporkan suspek kini sedang menghadapi perbicaraan atas beberapa kes kecurian selepas polis menemui sejumlah besar kasut di kediamannya.

“Endo dipercayai telah mencuri lebih 70 pasang kasut bernilai kira-kira 2,100 pound (RM10,600) di Tochigi dan Saitama antara Jun 2017 dan Ogos 2018.

Pihak berkuasa menahan defendan pada September tahun lalu selepas mengesyaki dia sebagai dalang di sebalik kes kecurian kasut. – The Mirror

Artikel Berkaitan: