110 hektar padi KADA ditenggelami banjir

Kamarudin (kanan) menyampaikan sumbangan bantuan kepada salah seorang penerima yang mengusahakan ternakan unggas.
Kamarudin (kanan) menyampaikan sumbangan bantuan kepada salah seorang penerima yang mengusahakan ternakan unggas.
A
A
A

PASIR PUTEH - Padi seluas 110 hektar di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) yang diusahakan oleh 40 petani gagal dituai selepas ditenggelami banjir.

Pengerusi KADA, Datuk Kamarudin Md Nor berkata, kerosakan itu melibatkan kerugian yang dianggarkan berjumlah RM180,000 melibatkan kawasan Tumpat dan Bachok.

"Paling ramai yang terkesan dengan kerugian ini ialah petani di Tumpat kerana petak-petak sawah mereka ditenggelami limpahan air Sungai Golok.

"Bagaimanapun, KADA masih lagi menjalankan bancian penuh berhubung perkara tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Bantuan Program Peningkatan Pendapatan Petani Berskala Kecil dan Tanaman Kontan B40 Tahun 2020 Bagi Jajahan Pasir Puteh di Selising pada Rabu.

Menurutnya, hasil siasatan yang dilakukan mendapati kerugian itu berlaku disebabkan petani melakukan kerja-kerja menanam padi tidak mengikut jadual di tetapkan oleh KADA.

Kamarudin (tengah, tiga dari kiri) bersama penerima bantuan program peningkatan pendapatan petani berskala kecil dan tanaman kontan B40 tahun 2020 bagi Jajahan Pasir Puteh di Selising, Pasir Puteh.
Kamarudin (tengah, tiga dari kiri) bersama penerima bantuan program peningkatan pendapatan petani berskala kecil dan tanaman kontan B40 tahun 2020 bagi Jajahan Pasir Puteh di Selising, Pasir Puteh.

Beliau berkata, KADA sedang mempertimbangkan bentuk bantuan yang boleh disalurkan kepada mereka yang terlibat dengan musibah berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Bagaimanapun, semua itu bergantung kepada peruntukkan yang bakal diumumkan oleh kerajaan nanti," katanya.

Mengulas mengenai program peningkatan pendapatan petani berskala kecil, Kamarudin berkata, sepanjang lima tahun lalu KADA telah memperuntukkan RM11.6 juta.

Beliau berkata, 2020 merupakan tahun terakhir kepada perlaksanaan program tersebut.

"Di bawah program Tanaman Kontan B40 kita peruntukkan RM1 juta dalam tempoh dua tahun iaitu 2020 dan 2021," katanya.