Banjir di Kemaman pulih

Statistik jumlah mangsa banjir di Terengganu.
Statistik jumlah mangsa banjir di Terengganu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Keadaan banjir di daerah Kemaman pulih sepenuhnya dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir ditutup pagi tadi.

Kemaman yang dilanda banjir sejak Khamis lalu adalah yang paling teruk terkesan apabila lebih 7,000 penduduk di daerah itu terpaksa dipindahkan ke PPS.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, seramai 39 orang daripada lapan keluarga itu yang dipindahkan ke dua PPS terakhir iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Binjai dan SK Bukit Mentok telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing bermula jam 10 pagi pad Rabu.

"Hanya dua PPS yang masih dibuka di negeri ini iaitu di Dungun yang menempatkan seramai 114 mangsa daripada 34 keluarga.

"Daripada jumlah itu, seramai 102 mangsa melibatkan 30 keluarga ditempatkan di Dewan Masjid Kampung Serdang, manakala empat keluarga melibatkan 12 mangsa pula ditempatkan di Dewan Sivik Paka," katanya.

Che Adam berkata, cuaca cerah sejak Selasa membolehkan sebahagian mangsa kembali ke rumah masing-masing secara berperingkat.

Katanya, jika keadaan cuaca berterusan baik dan kesemua mangsa pulang, ia memberi isyarat banjir gelombang keempat yang melanda Terengganu sejak Khamis lalu berakhir.

Artikel Berkaitan: