1,502 calon SPM dapat bantuan beli data internet

Bantuan pembelian data internet kepada pelajar seluruh negeri Pahang diserahkan secara berperingkat manakala 1,502 pelajar di Dun Beserah menerimanya pada Selasa.
Bantuan pembelian data internet kepada pelajar seluruh negeri Pahang diserahkan secara berperingkat manakala 1,502 pelajar di Dun Beserah menerimanya pada Selasa.
A
A
A

KUANTAN - Seramai 1,502 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerima bantuan pembelian data internet bagi memudahkan mereka mengikuti pembelajaran secara dalam talian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah, Andansura Rabu berkata, agihan bantuan dengan keseluruhan berjumlah RM75,100 itu diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Pahang bagi membantu mereka yang merupakan pelajar daripada 10 buah sekolah dalam DUN tersebut.

"Peruntukan ini adalah bagi membantu mereka mendapatkan pakej atau bayaran data internet. Kita juga mengharapkan supaya liputan capaian internet di kawasan DUN Beserah dipertingkatkan dari 3G kepada 4G.

“Pada masa sama ada kawasan perlu mendapatkan capaian internet 5G terutama di kawasan perindustrian bagi menarik lebih ramai pelabur datang ke sini,” katanya di Majlis Penyerahan Insentif Kepada Pelajar-Pelajar Yang Menduduki Peperiksaan SPM 2020 Negeri Pahang Peringkat Dewan Negeri Pahang pada Selasa.

Dari kiri, Andansura bersama Mohammad Fakhruddin pada majlis penyerahan bantuan tersebut.
Dari kiri, Andansura bersama Mohammad Fakhruddin pada majlis penyerahan bantuan tersebut.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Arif di Mutiara Seafood Seberang Balok Kuantan, di sini.

Pemberian sumbangan data internet kepada semua pelajar SPM negeri Pahang itu diumumkan Menteri Besar Pahang, Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail dalam sidang DUN di Wisma Sri Pahang pada 20 November lalu.

Artikel Berkaitan: