Arsenal dalam bahaya

Mikel Arteta
Mikel Arteta
A
A
A

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta mengakui skuad kendalianynya itu bakal berdepan ‘masalah besar’ sekiranya gagal melakukan perubahan segera berdasarkan kepada prestasi tidak menentu sejak kebelakangan ini.

Menurut Arteta, kegagalan skuad The Gunners itu mencatatkan kemenangan dalam beberapa perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak kebelakangan ini menyaksikan kelab berkenaan berada pada kedudukan ke-15 dan ia dilihat sebagai satu perkembangan yang tidak menyenangkan.

Justeru Arteta menyifatkan kekalahan 1-4 kepada Manchester City dalam saingan Piala Liga Inggeris (EFL) di Emirates pada awal pagi Rabu, dilihat telah meneruskan prestasi buruk skuad The Gunners itu sejak kebelakangan ini.

“Sebenarnya agak sukar untuk memperkatakan mengenai bagaimana perlawanan ini berlangsung; ditambah pula dengan aksi berdepan dengan pasukan seperti City.

“Apabila anda ketinggalan daripada segi jaringan, ia menjadikan keadaan semakin sukar; cuma yang penting kami perlu mencari jalan bagaimana untuk mencatatkan kejayaan/kemenangan,” kataya pada awal pagi Rabu.

Penyerang City, Gabriel Jesus menanduk masuk gol pembukaan seawal minit ke-3.
Penyerang City, Gabriel Jesus menanduk masuk gol pembukaan seawal minit ke-3.

Pada aksi Piala Liga Inggeris awal pagi Rabu, City mengejutkan tuan rumah dengan membuka jaringan seawal minit ke-3 menerusi Gabriel Jessus; namun Alexandre Lacazette berjaya menyamakan kedudukan pada ke-31 dan seterusnya menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 hingga tamat babak pertama.

Babak kedua menyaksikan City dilihat mula mendominasi perlawanan dan berjaya menjaringkan tiga gol meneursi Riyad Mahrez pada minit ke-54, Phil Foden (minit ke-59) dan Aymeric Laporte menjaringkan gol kelima pada minit ke-73 bagi menempah slot ke separuh akhir.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu Arteta turut mempertahankan keputusannya untuk menurunkan penjaga gol Runar Alex Runarsson berbanding Bernd Leno yang beraksi cemerlang dalam saingan kalah mati berdepan Liverpool, 2 Oktober lalu.

“Dia (Runarsson) sudah lama tidak beraksi; lagi pun, kita semua melakukan kesilapan dan kita perlu memberikan sokongan kepadanya.

“Lagipun, Leno telah diturunkan dalam banyak perlawanan; dia dilihat memerlukan rehat dan kita mengambil kesempatan ini untuk menurunkan pemain yang lain pula,” katanya.