X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 01 Disember 2021

Tujuh PPS masih dibuka di Kelantan

Foto 123RF
A
A

KOTA BHARU – Sebanyak tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di negeri ini bagi menempatkan 733 mangsa daripada 271 keluarga di Pasir Mas.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, sehingga jam 11 pagi hari ini, tujuh PPS tersebut ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Bakong, SK Sri Rantau Panjang 2, Sekolah Menengah Agama Arab Kampung Bongor, SK Kedai Tanjong, SK Gual Tinggi, SK Kubang Kual dan SK Tok Deh.

Untuk catatan paras air harian, sehingga jam 11 pagi, Sungai Golok di Rantau Panjang masih melebihi paras bahaya iaitu 9.72 meter (bahaya 9.00) walaupun tujuh sungai lain sudah kembali ke paras normal.

Sungai Galas di Dabong mencatatkan bacaan 28.78 meter, Sungai Lebir di Tualang pula 26.49 meter, Sungai Kelantan di Tangga Krai 18.77 meter, Jambatan Guillemard 10.63 meter dan Tambatan DiRaja 1.26 meter, Sungai Golok di Jenob 19.99 meter dan Sungai Semerak di Pasir Puteh pula 0.82 meter.

ARTIKEL BERKAITAN: Banjir gelombang kedua di Kelantan makin pulih

Nadma tambah baik SOP banjir

Dihanyut banjir ketika hantar bantuan makanan


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!