Bot Laju Labuan

No Image Caption
A
A
A
Para penumpang serta pengendali bot laju kelihatan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan memakai pelitup muka serta menjaga jarak ketika tinjauan di terminal bot laju, Terminal Feri Antarabangsa Labuan hari ini. Pihak berkuasa pembangunan, Labuan Developement Authority (LDA) membuka semula operasi perkhidmatan bot laju yang membawa penumpang ulang-alik Labuan ke Menumbok, Sabah hari ini sejak operasi itu dihentikan sementara pada 2 Oktober lalu susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Labuan. Perkhidmatan ini mula beroperasi semula hari ini bagi memberi peluang dan pilihan kepada orang ramai yang ingin pulang ke kampung halaman berikutan cuti Hari Natal dan hujung tahun. Selain dapat memberi peluang memulakan kembali pekerjaan kepada para pengendali serta pengusaha bot laju, pengangkutan air ini juga adalah salah satu perkhidmatan penting sebagai jaringan penghubungan pengangkutan di antara penduduk di negeri Sabah, Sarawak dan Brunei ke sini, secara langsung memacu semula sektor pelancongan di Labuan. - Foto Bernama
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Hiasan dekorasi suasana perayaan

No Image Caption
GALERI

Permainan Wau LED

No Image Caption
GALERI

Nuzul Al-Quran

No Image Caption
GALERI

Tinjauan Nuzul Quran