Bau hangit selamatkan empat beranak dari rentung

Keadaan rumah mangsa yang terbakar dalam kejadian di Felda Melor Jengka 12 pada malam Selasa. - Foto Ihsan bomba
Keadaan rumah mangsa yang terbakar dalam kejadian di Felda Melor Jengka 12 pada malam Selasa. - Foto Ihsan bomba
A
A
A

JENGKA - Empat beranak tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka hangus terbakar dalam kejadian di Felda Melor Jengka 12 di sini malam Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.20 malam itu, kesemua mangsa sempat menyelamatkan diri selepas terhidu bau hangit.

Mangsa, Ismail Ramli, 30, berkata, kejadian itu disedari abangnya yang mengadu berasa panas dan terhidu bau hangit.

"Selepas itu, saya keluar dari bilik saya dan lihat bilik tengah telah terbakar.

"Saya segera menyelamatkan ibu dan dua abang yang kurang sihat," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Katanya, walaupun rumahnya terbakar, namun dia bersyukur mereka sekeluarga terselamat.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jengka, Penolong Penguasa Bomba, Raja Mohd Arif Raja Shamsudin berkata, enam anggota bersama pegawai bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 9.33 malam.

Menurutnya, rumah separuh kekal itu terbakar 70 peratus.

Artikel Berkaitan:

"Operasi tamat pada jam 11.48 malam

"Jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Orang ramai yang ingin meringankan beban mangsa terlibat boleh menyalurkan sumbangan kepada Ismail Ramli melalui akaun CIMB bernombor 7614364079.