X

Kindly register in order to view this article
!

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Foto 123RF
A
A

RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini berikutan penurunan harga minyak mentah.

Pada jam 9.08 pagi, ringgit disebut harga pada 4.0600/0660 berbanding dolar AS daripada 4.0590/0630 ketika ditutup pada Selasa.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi Stephen Innes berkata, ringgit yang telah mula menunjukkan pergerakan agresif kembali jatuh dan unit tempatan ini lebih banyak dipengaruhi oleh ketidaktentuan pasaran minyak dunia.

“Tetapi, jumlah penurunan pasaran ekuiti secara keseluruhan akan merugikan aset berisiko menerusi tindak balas ‘risk-on risk-off’,” katanya.

Pada paras pembukaan, penanda aras minyak mentah Brent menyusut 0.86 peratus kepada AS$49.65 setong.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan susut sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.0385/0441 daripada 3.0370/0412 ketika ditutup pada Selasa tetapi meningkat berbanding euro kepada 4.9394/9483 daripada 4.9540/9605.

Ringgit mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.9189/9258 daripada pada Selasa dan lebih tinggi berbanding pound Britain kepada 5.4323/4415 daripada 5.4427/4497. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!