Ganjaran menarik sempena Krismas di MyTOWN

MyTOWN Kuala Lumpur menawarkan pelbagai ganjaran menarik kepada pengunjungnya sehingga 10 Januari 2020.
MyTOWN Kuala Lumpur menawarkan pelbagai ganjaran menarik kepada pengunjungnya sehingga 10 Januari 2020.
A
A
A

SEMPENA sambutan Krismas, pusat membeli-belah MyTOWN Kuala Lumpur menawarkan pelbagai ganjaran menarik kepada pengunjungnya sehingga 10 Januari 2020.

MyTOWN dalam satu kenyataan memaklumkan, pembeli yang membelanjakan minimum RM50 akan menerima set kad ucapan bertemakan rusa atau lilin wangi yang menawan.

Menurut kenyataan itu, MyTOWN juga akan membantu pembeli menjadikan persiapan Krismas mereka lebih mudah dengan memberikan bungkusan hadiah Krismas yang direka khas dan menyediakan kaunter pembungkusan hadiah.

"Pusat membeli-belah ini turut dihiasi dekorasi menarik dan menawan sempena Krismas khusus untuk meraikan para pelanggan sempena musim perayaan ini," kata kenyataan itu.

Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati suasana Krismas di Pasar Krismas Tempatan yang menampilkan barangan kraf dan jenama tempatan di tingkat bawah MyTOWN sehingga 3 Januari 2021.

Artikel Berkaitan: