Pekerja kontrak maut motosikal langgar lembu

Keadaan motosikal mangsa selepas terbabit kemalangan di Jalan Merapoh-Kem Sungai Relau di sini, pada malam Selasa.
Keadaan motosikal mangsa selepas terbabit kemalangan di Jalan Merapoh-Kem Sungai Relau di sini, pada malam Selasa.
A
A
A

LIPIS - Seorang pekerja kontrak warganegara Indonesia maut manakala rakannya patah tangan kiri selepas terlibat kemalangan akibat melanggar seekor lembu dalam kejadian di Jalan Merapoh-Kem Sungai Relau di sini, pada malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10.20 malam itu, Md Selim Ali, 28, menunggang motosikal bersama rakan sekerjanya, Shalam Mohammad, 33, dari pekan Merapoh untuk pulang ke rumah kongsi mereka di Kem Sungai Relau.

"Sekumpulan lembu berada di tengah laluan tersebut dan motosikal mangsa terlanggar salah seekor lembu lalu terbabas ke kiri jalan serta melanggar tiang elektrik menyebabkan mereka terjatuh.

"Penunggang berkenaan cedera parah di kepala akibat terkena tiang elektrik dan maut di tempat kejadian manakala rakannya patah tangan kiri.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel Berkaitan: