Syabas pada sistem kehakiman

No Image Caption
A
A
A

RAKYAT Malaysia rasa lega sebab terbukti sistem kehakiman kita bebas dan adil. Sistem kehakiman kita tak pandang pangkat, status dan kaya miskin. Yang bersalah ikut undang-undang akan dijatuhi hukuman.

Kes terbaharu membabitkan mantan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atau Ku Nan. Isnin lalu, beliau dihukum 12 bulan penjara dan denda RM2 juta. Ini membabitkan kes beliau didakwa menerima rasuah RM2 juta empat tahun lalu.

Dalam pembelaannya Tuk Seri Ku Nan kata, apalah RM2 juta yang diterimanya, itu macam ‘duit kocek’ (pocket money) sahaja. Begitulah banyaknya duit beliau.

Memang tak ada siapa yang nafikan beliau kaya-raya. Sehari sebelum mahkamah jatuhi hukuman ke atasnya, beliau adakan majlis besar-besaran perkahwinan anak lelakinya di Putrajaya.

Dengarnya majlis itu dibuat cara ‘drive-in’, lebih 10,000 tetamu tak keluar dari kereta. Sebelah malam, ada pula majlis VIP.

Awang rasa mahkamah dah hantar mesej jelas dengan keputusan yang dibuat ke atas Bossku Tuk Sri Najib dan Ku Nan. Padanlah banyak yang dah mula panas punggung. Ini satu kemenangan pada rakyat.Mudah-mudahan kerajaan PN kekalkan rekod ‘mahkamah bebas’ ini.

Awang juga yakin bahawa Pejabat Peguam Negara akan ambil semangat yang sama. Dakwa jangan pilih bulu dan tanpa dapat arahan. Dengan cara itu, Insya-ALLAH, kita akan dapat perangi salah laku, rasuah dan salah guna kuasa untuk jamin Malaysia yang betul-betul bersih.

Artikel Berkaitan: