Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama malam ini

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama masih dilaporkan bergerak perlahan setakat pukul 10.30 malam ini.

Menurut jurucakap PLUS Malaysia Berhad, aliran trafik di bahagian utara bergerak perlahan dari Bukit Berapit ke Terowong Menora dan dari Permatang Pauh ke Seberang Perai.

“Aliran trafik turut dilaporkan perlahan dari Ipoh ke Slim River dan Tanjung Malim ke Rawang.

“Sementara itu, di bahagian selatan pula aliran trafik bergerak perlahan dari Yong Peng ke Kulai, Simpang Ampat ke Seremban disebabkan jumlah kenderaan yang tinggi,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah dilaporkan lancar malam ini.

“Trafik hanya dilaporkan bergerak perlahan dari Lanchang menuju ke arah Karak,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama

Artikel Berkaitan: