Dua wanita warga asing edar dadah diberkas

Dua wanita warga asing ditahan kerana disyaki mengedar dadah di sebuah kondominium . - Foto 123RF
Dua wanita warga asing ditahan kerana disyaki mengedar dadah di sebuah kondominium . - Foto 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua wanita masing-masing warga Ukraine dan Iran ditahan kerana disyaki mengedar dadah di sebuah kondominium di Sri Hartamas di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, dua wanita berusia 23 dan 30 tahun itu ditahan pada jam 5.45 petang.

"Hasil pemeriksaan lanjut dalam sebuah kereta di parkir kondominium tersebut, kita menjumpai satu plastik berisi dadah disyaki jenis ganja anggaran berat 483 gram dan lima paket plastik berisi dadah disyaki ketamin seberat 65.76 gram.

"Nilai rampasan dadah dianggarkan RM7,542. Kita turut menyita wang tunai sebanyak RM22,411.58," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Anuar berkata, kedua-dua suspek itu terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah sejak bulan lalu.

"Siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengenal pasti ahli sindiket yang terlibat dan punca sumber bekalan dadah," katanya.

Menurutnya, ujian saringan awal air kencing terhadap kedua-dua suspek adalah positif dadah jenis ketamin.

"Kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula Selasa hingga 28 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Artikel Berkaitan: