Bekas ejen Libya didakwa buat bom letupkan pesawat AS

Abu Agela Mas'ud Kheir Al-Marimi didakwa membantu membina bom yang menyebabkan sebuah pesawat Pan Am meletup di Scotland pada tahun 1988. - Foto Getty Images
Abu Agela Mas'ud Kheir Al-Marimi didakwa membantu membina bom yang menyebabkan sebuah pesawat Pan Am meletup di Scotland pada tahun 1988. - Foto Getty Images
A
A
A

WASHINGTON - Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (AS) semalam mengumumkan seorang bekas ejen perisikan Libya, Abu Agela Mas'ud Kheir Al-Marimi didakwa membina bom yang menyebabkan ia meletup di dalam sebuah pesawat Pan Am di ruang udara Lockerbie, Scotland kira-kira 32 tahun lalu.

Peguam Negara AS, Bill Barr berkata, suspek itu membantu membina bahan letupan tersebut yang menyebabkan pesawat berkenaan meletup dan membunuh 259 orang termasuk 190 rakyat AS serta 11 orang lagi di daratan.

Ketika kejadian pesawat itu dalam penerbangan ke AS.

Suspek tersebut yang turut dikenali sebagai Abu Agila Mohammad Masud ketika ini ditahan oleh kerajaan Libya, kata Barr pada sidang akhbar.

Barr menyuarakan keyakinan Abu Agela akan diserahkan kepada pihak berkuasa AS untuk dibicarakan berhubung kejadian itu.

Dalam pada itu, di pegawai-pegawai Scotland memuji langkah AS itu.

Bagaimanapun, siasatan berhubung nahas yang berlaku pada 21 Disember 1988 itu masih lagi berjalan.

Pesawat Pan Am yang dipercayai diletupkan pada tahun 1988.
Pesawat Pan Am yang dipercayai diletupkan pada tahun 1988.

Artikel Berkaitan:

Dalam satu temu ramah, Abu Agela mengaku mengambil bahagian dalam kejadian pengeboman sebuah disko pada tahun 1986 di Berlin menyebabkan dua warga AS dan seorang rakyat Turki terbunuh.

Pihak berkuasa AS dan Scotland hanya memperoleh rakaman temu ramah itu pada tahun 2017 sekali gus memperoleh bukti yang diperlukan bagi mendakwa Abu Agela, kata Pemangku Pendakwa Raya AS di Washington, Michael Sherwin.

Pengeboman itu dilabelkan oleh AS dan Scotland sebagai satu serangan pengganas berlaku ke atas pesawat tersebut selepas ia berlepas dari London dan berada pada ketinggian lebih 9,000 meter.

Serpihan pesawat itu kemudian bertaburan di sebuah kawasan di Scotland.

Sebelum ini, dua rakyat Libya dibicarakan di Belanda berhubung peranan mereka dalam serangan itu dengan salah seorang daripada mereka ialah Mohmet Al-Megrahi yang didapati bersalah pada tahun 2001 dan dihukum penjara seumur hidup.

Bagaimanapun, dia dibebaskan pada tahun 2009 selepas disahkan menghidap kanser prostat dan meninggal dunia pada tahun 2012. - AFP