Isu Illi Najwa: Nooh Gadut minta rakyat bersabar

 Dr Nooh Gadut
Dr Nooh Gadut
A
A
A

JOHOR BAHRU - Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor ( MAINJ), Datuk Dr Nooh Gadut menasihatkan umat Islam di negara ini supaya bersabar menunggu hasil siasatan pihak berkuasa berhubung isu wanita Malaysia, Illi Najwa Saddique yang berkahwin dengan kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar.

Beliau berkata, orang ramai perlu menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang menasihatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang tafsiran mengenai kes berkenaan.

"Semua pihak diminta bersabar dan jangan buat spekulasi. Tunggu dahulu siasatan pihak berkuasa.

"Kita perlu junjung titah Tuanku berkenaan isu ini," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pra Pelancaran Aplikasi Ode Jee dan Memorandum Perjanjian Persefahaman (MOU) Konsortium Ode Halal Asia di Bangunan Dato' Jaafar Muhammad, Kota Iskandar di sini pada Selasa.

Pada Isnin, Sultan Ibrahim menyerusi kenyataan di Facebook rasmi baginda berduka cita dengan berita yang tersebar di media berhubung pasangan itu yang dikatakan mengadakan majlis resepsi perkahwinan di India mengikut acara keagamaan yang bercanggah dengan ajaran Islam.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu kahwin di India: Zulkifli minta rakyat berhati-hati

Baginda menasihatkan agar semua pihak tidak membuat apa-apa kesimpulan dan tindakan pra matang terhadap penyebaran berita tersebut.

Isu membabitkan Illi Najwa timbul selepas tular beberapa gambar dan video wanita itu melangsungkan majlis perkahwinan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, beberapa portal bahawa pasangan itu pada dijadualkan berkahwin pada April lalu, namun terpaksa ditangguhkan kerana penularan pandemik Covid-19.

Illi Najwa dikatakan berjaya mendapatkan permohonan khas daripada kerajaan Malaysia dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri India untuk terbang ke New Delhi.