Siap sedia hadapi musim tengkujuh di Pahang

Persediaan dilaksanakan oleh ATM Pahang untuk mendepani cabaran musim tengkujuh.
Persediaan dilaksanakan oleh ATM Pahang untuk mendepani cabaran musim tengkujuh.
A
A
A

KUANTAN - Kumpulan 4 Briged (Mekanize) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini giat membuat persiapan untuk atur gerak Op Murni bagi menghadapi musim tengkujuh di Pahang.

Penolong Pegawai Memerintah 1 KAD, Mejar Norfaisham Mohd Noor berkata, pasukan sentiasa bersiap siaga bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir meliputi fizikal dan mental anggota tentera serta peralatan logistik untuk diaturgerak ke kawasan terjejas.

Menurutnya, antara aset yang akan digunakan bagi membantu operasi itu adalah sebuah pacuan empat roda Land Rover, Trak 3 Ton, Trak 5 Ton, Trak 7 Ton, Bot tempur serta Out Board Motor (OBM).

"Kesemua aset ini bakal diatur gerak bagi membantu memindahkan orang awam yang terjejas akibat banjir dari kediaman masing-masing ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di kawasan terjejas. Tinjauan bagi pasukan 1 Kor Armor Diraja (KAD), Kem Batu 10 Kuantan mendapati anggota tentera sedang membuat persiapan aset untuk Operasi Murni ini.

"1 KAD pertanggungjawabkan untuk membantu agensi awam di daerah Rompin dan Kemaman Terengganu," katanya ketika dihubungi pada Selasa..

Beliau berkata, pasukan lain juga membuat persiapan bagi menghadapi musim tengkujuh iaitu setiap pasukan mempunyai daerah tanggungjawab masing-masing seperti diaturkan oleh Markas 4 Briged (Mekanize).

Artikel Berkaitan: