Enggan bersurai, polis tahan beberapa lelaki

Anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU) dilihat berkawal di hadapan Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25, Putra Heights sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi sebarang kemungkinan pada tinjauan malam tadi. Foto: Bernama

A
A
A

SUBANG JAYA - Polis awal hari ini bertindak tegas untuk menyuraikan orang ramai yang cuba berhimpun di kawasan berhampiran kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights, di sini.

Anggota keselamatan yang berkawal di lokasi itu memastikan sebarang kekacauan tidak berlaku dengan menghalang beberapa kumpulan cuba mendekati rumah ibadat tersebut mulai jam 11.30 malam tadi.

Polis mengeluarkan beberapa amaran sebelum bertindak mengejar dan menahan beberapa lelaki yang enggan meninggalkan kawasan tersebut.

Kuil berkenaan menjadi perhatian susulan kekecohan berlaku pada awal Isnin dan awal Selasa yang menyaksikan 23 kenderaan dibakar, bangunan dirosakkan dan anggota keselamatan serta penyelamat cedera akibat diserang dalam kekecohan itu.

Setakat semalam, 21 individu ditahan susulan kejadian itu yang disifatkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berunsur jenayah dan bukan isu perkauman mahupun agama.- Bernama

Artikel Berkaitan: