X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 19 Oktober 2021

MAIWP salur RM623.66 juta zakat dari Januari hingga November

Dr Zulkifli (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan barangan makanan tajaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada asnaf di Madrasah Raudhatul Muttaqin, Sentul pada Selasa. -Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyalurkan zakat berjumlah RM623.66 juta kepada golongan memerlukan sejak Januari hingga November tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau berkata, zakat berkenaan diagihkan menerusi pelbagai medium seperti 30 skim bantuan, institusi pendidikan serta perlindungan dan prasarana umat Islam di Wilayah Persekutuan.

"MAIWP juga membantu asnaf dan golongan terjejas menerusi agihan beras dan makanan. Seramai 3,500 penerima bantuan tersebut setiap bulan menggunakan peruntukan hasil sumber am melibatkan jumlah sebanyak RM4.51 juta," katanya ketika berucap pada program penyampaian sumbangan barangan makanan MAIWP di Madrasah Raudhatul Muttaqin, Sentul di sini pada Selasa.

Zulkifli berkata, mulai tahun depan, penerima bantuan kewangan akan menerima barangan keperluan asasi melalui kedai atau pasar raya terpilih sebagai panel pembekal di setiap parlimen secara tanpa tunai iaitu dibekalkan kad untuk melakukan pembayaran.

Katanya, sebanyak 26,000 asnaf menerima manfaat daripada pelaksanaan kaedah tersebut membabitkan peruntukan RM93.6 juta bagi tempoh dua tahun. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!