X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 24 Oktober 2021

KeTSA sasar 20 juta pokok ditanam pada 2021

Shamsul Anuar (dua, kiri) bersama timbalannya Ali Biju (dua, kanan) memegang benih pokok herba sebagai gimik Pra Pelancaran Program Penghijauan Malaysia-Kempen Penamaan 100 Juta Pokok 2021-2025 di Wisma Sumber Asli hari ini. - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) mensasarkan penanaman 20 juta pokok pada tahun pertama Kempen Penanaman 100 juta Pokok 2021-2025.

Menterinya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, angka itu dapat dicapai sekiranya semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat bersama kementerian menjayakan kempen tersebut yang bertujuan antaranya menyedarkan masyarakat berhubung kepentingan hutan dalam usaha menangani isu perubahan iklim.

"Tanamlah satu pokok. Kalau semua tanam, kita akan dapat capai," katanya.

Menurutnya, pemantauan pelaksanaan kempen tersebut menggunakan aplikasi Penghijauan Malaysia dan laman web juga www.100jutapokok.gov.my.

"Kedua-dua aplikasi mudah alih dan laman web ini boleh diakses oleh semua kementerian, jabatan dan orang awam yang berfungsi sebagai pengiraan yang merekodkan jumlah pokok ditanam sepanjang kempen berlangsung," katanya.

Beliau berkata, kempen tersebut bertujuan menyedarkan masyarakat berhubung kepentingan hutan dalam usaha menangani isu perubahan iklim.

"Hutan adalah merupakan agen utama penyerapan karbon dan oleh itu ia wajar dipelihara dan dijaga," katanya dalam sidang akhbar pra pelancaran dan pengenalan logo Penghijauan Malaysia di kementeriannya pada Selasa.

Shamsul berkata, selain dapat mengikuti perkembangan semasa pencapaian kempen seluruh negara dan peringkat komuniti, para pengguna aplikasi interaktif ini juga boleh memuatnaik gambar-gambar pokok yang ditanam, mendapatkan maklumat nurseri di kawasan berhampiran, serta mendapatkan panduan teknik penanaman dan penjagaan pokok.

Menurutnya, pokok yang ditanam akan memberikan manfaat kepada semua hidupan di muka bumi.

"Ia memberikan oksigen dan menyejukkan persekitaran termasuk juga menyumbang kepada pencapaian Matlamat ke-15 Sustainable Development Goals (SDG) iaitu Life on Land," katanya.

Beliau berkata, tujuan pelaksanaan kempen tersebut juga dalah untuk menyebarluaskan kesedaran kepada seluruh rakyat terhadap kepentingan memelihara kawasan berhutan.

" Ia juga merupakan salah satu usaha Malaysia mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara dilitupi pokok-pokok dan kawasan hutan selaras dengan komitmen semasa Sidang Kemuncak Bumi di Rio De Janeiro pada 1992," katanya.

Menurutnya, Malaysia mencatatkan litupan hutan sebanyak 55.3 peratus.

"Kempen ini diharapkan terus memastikan litupan hutan ini dipertahankan," kata beliau.

Tambahnya, Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyempurnakan perasmian kempen itu pada 5 Januari depan.

Dtanya mengenai jenis pokok yang bakal ditanam, Shamsul berkata, kementerian memberi penekanan terhadap penanaman Pokok Kebanggaan iaitu Merbau atau nama saintifiknya Intsia Palembanica.

"Selain itu kita juga akan menanam jenis pokok yang diancam kepupusan," kata beliau.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!