Vaksin Covid-19: Kerajaan tanggung RM77.35 bagi setiap rakyat

Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Khairy Jamaluddin Abu Bakar
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan menanggung sebanyak RM77.35 bagi setiap rakyat negara ini yang menerima vaksin Covid-19.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pemberian vaksin secara percuma menerusi Program Imunisasi Kebangsaan melibatkan 82.8 peratus populasi atau 26.5 juta individu.

"Ia melibatkan kos keseluruhan RM2.05 bilion," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, peruntukan tersebut adalah kurang dari Belgium yang memperuntukkan RM1.38 bilion untuk 16.75 juta rakyatnya.

"Ini bermakna jumlah peruntukan oleh Belgium bagi setiap rakyatnya adalah sebanyak RM82.40," katanya.

Sebelum ini, polemik harga vaksin tersebut ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang yang membuat perbandingan dengan pendedahan menteri dari Belgium bahawa harga vaksin tersebut 20 kali ganda lebih murah daripada harga sebenar.

Justeru beliau mempersoalkan tindakan kerajaan memerlukan RM3 bilion untuk mendapatkan vaksin untuk 6.4 juta rakyat Malaysia.

Pada 24 November lalu, Malaysia mengumumkan akan mendapatkan bekalan awal sebanyak 12.8 juta dos vaksin Covid-19 daripada Pfizer bagi menampung keperluan imunisasi 20 peratus atau 6.4 juta rakyat negara ini secara percuma.

ARTIKEL BERKAITAN: Kos vaksin Pfizer: KJ sangkal kenyataan Kit Siang

Kerajaan cadang naikkan pembelian vaksin Covid-19: PM

Covid-19: Kumpulan pertama bekalan vaksin diperoleh Februari

Artikel Berkaitan: