Suspek kes bunuh ibu tunang ditahan

Suspek diberkas di sebuah rumah Kampung Binanjar, Paitan.
Suspek diberkas di sebuah rumah Kampung Binanjar, Paitan.
A
A
A

PITAS - Seorang lelaki ditahan di sebuah rumah Kampung Binanjar, Paitan berhubung kes bunuh bakal ibu mentua pada Sabtu lalu.

Suspek berusia 29 tahun itu ditahan kira-kira jam 8 malam Isnin ketika dia datang ke rumah saudaranya kerana kelaparan selepas beberapa hari melarikan diri dan bersembunyi di hutan.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superintendan Mohd Izaan Abdullah berkata, selepas kejadian di Pitas, suspek melarikan diri ke kampungnya di Paitan dan bersembunyi dalam hutan.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Kota Marudu menjalankan pengawasan di kawasan hutan itu sejak kelmarin.

"Kira-kira jam 8 malam tadi, suspek dikesan memasuki rumah seorang saudaranya dipercayai kerana kelaparan. Polis kemudian bertindak menyerbu rumah berkenaan dan menangkap suspek," katanya.

Menurutnya, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu untuk tindakan lanjut.

"Suspek direman tujuh hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Sinar Harian pada Ahad lalu melaporkan, seorang lelaki mengamuk dan menyerang keluarga tunangnya menggunakan parang di Kampung Kuyuh, Pitas, selepas kecewa pertunangannya diputuskan.

Artikel Berkaitan:

Akibat kejadian itu, ibu kepada tunang suspek, Habibah Abungon, 68, maut di lokasi kejadian manakala seorang lelaki berusia 65 tahun dan tiga lagi wanita termasuk tunangnya berusia 28 hingga 30 tahun cedera di beberapa bahagian anggota badan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecewa pertunangan diputuskan, lelaki tetak ibu tunang