X

Kindly register in order to view this article
!

PGA rampas arak, rokok seludup

Polis menahan dua lelaki dan merampas arak dan rokok seludup dalam dua serbuan berasingan di Kampung Baru Ban Foo, Ulu Tiram, Johor Bahru, pada Isnin.
A
A

JOHOR BAHRU - Kegiatan menyimpan minuman keras dan rokok seludup di dua premis terbongkar selepas diserbu polis di Kampung Baru Ban Foo, Ulu Tiram di sini, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Dimin Awang berkata, menerusi serbuan pada jam 4 petang itu, dua lelaki berusia 46 dan 68 tahun ditahan.

Sebahagian arak yang dirampas dalam serbuan berkenaan.
Sebahagian arak yang dirampas dalam serbuan berkenaan.

"PGA membuat pemeriksaan di kedua-dua premis secara berasingan di kampung terbabit. Hasil serbuan dijalankan, polis menemukan sebanyak 120 karton arak seludup dan 327 karton rokok seludup pelbagai jenama. Anggaran nilai rampasan RM91,000," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!