X

Kindly register in order to view this article
!

PM lawat mangsa banjir di Rantau Panjang

Muhyiddin (kanan) beramah mesra dengan kakitangan kesihatan yang bertugas di PPS SK Gual Tinggi ditemani Dr Aminuddin (dua dari kanan).
A
A

RANTAU PANJANG - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa melawat dan meninjau keadaan mangsa banjir di sekitar Rantau Panjang yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi di sini hari ini.

Dalam lawatan berkenaan, Muhyiddin yang merupakan Ahli Parlimen Pagoh turut menyampaikan kit bantuan kepada mangsa banjir di PPS tersebut.

Selain itu, beliau turut membuat tinjauan di kawasan sekitar untuk melihat kemudahan yang disediakan kepada mangsa banjir.

Muhyiddin melambaikan tangan kepada orang ramai ketika tiba dengan menaiki helikopter dari Lapangan Terbang TUDM Gong Kedak, Jertih.
Muhyiddin melambaikan tangan kepada orang ramai ketika tiba dengan menaiki helikopter dari Lapangan Terbang TUDM Gong Kedak, Jertih.

Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan barisan kepimpinan tertinggi negeri serta Ketua Pengarah Agensi Bencana Negara (Nadma), Datuk Dr Aminuddin Hassim.

Terdahulu Muhyiddin tiba jam 10 pagi dengan menaiki helikopter dari Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak, Jertih.

Muhyiddin meluangkan masa hampir satu jam di PPS SK Gual Tinggi sebelum berangkat ke Terengganu.

Sementara itu, seorang mangsa banjir, Aminah Abdullah, 60, terharu dan teruja menerima kunjungan daripada pemimpin nombor satu negara itu.

Aminah (kiri) begitu teruja dapat bertemu Muhyiddin (dua dari kanan) dan Ahmad (kanan) semasa lawatan yang diadakan di PPS SK Gual Tinggi, Rantau Panjang.
Aminah (kiri) begitu teruja dapat bertemu Muhyiddin (dua dari kanan) dan Ahmad (kanan) semasa lawatan yang diadakan di PPS SK Gual Tinggi, Rantau Panjang.

"Ini kali pertama saya bertemu dengan beliau sejak bergelar Perdana Menteri," katanya.

Menurutnya, sebelum ini dia hanya melihat Perdana Menteri menerusi televisyen sahaja.

Katanya, dia sangat gembira sehingga sukar berkata-kata ketika berbual-bual dengan Perdana Menteri.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!