Lelaki bunuh warga emas dihukum gantung sampai mati

Zarmayade dibawa keluar dari mahkamah selepas dijatuhi hukuman mati atas tuduhan membunuh seorang warga emas.
Zarmayade dibawa keluar dari mahkamah selepas dijatuhi hukuman mati atas tuduhan membunuh seorang warga emas.
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMASKINI] Tindakan kejam seorang lelaki yang membunuh seorang wanita warga emas dalam kejadian samun di rumahnya di Kuala Krai tiga tahun lalu terbalas hari ini apabila lelaki berkenaan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menjatuhkan hukuman terbabit terhadap Zarmayade Abdullah, 44, selepas mendapati pihak pembelaan yang mewakili tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Katanya, oleh itu tertuduh telah disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang disabitkan hukuman gantung sampai mati.

Tertuduh yang memakai baju serba putih kelihatan tenang ketika hukuman dibacakan terhadapnya.

Terdahulu, peguam tertuduh, Wab Abdullah Thani dalam rayuan kepada mahkamah meminta agar meneliti latar belakang anak guamnya sebelum hukuman dijatuhkan.

Mengikut pertuduhan, Zarmayade didakwa telah membunuh Rokiah Mamat, 61, di sebuah rumah di Kampung Mengkebang, Jalan Batu Lada, Kuala Krai kira-kira jam 11 pagi dan 3.30 petang pada 12 April 2017.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Sepanjang prosiding, pihak pendakwaan telah memanggil seramai 27 orang saksi untuk memberi keterangan berhubung kes yang berlaku tiga tahun lalu itu.

Artikel Berkaitan:

Pendakwaan dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Kelantan, Datuk Jamil Arifin.

Pada April 2017, media melaporkan Rokiah ditemui anaknya, Che Hasmarizal Che Hassan dalam keadaan berlumuran darah di ruang dapur rumahnya di Kampung Batu Mengkebang, Jalan Batu Lada dekat Kuala Krai pada jam 3.30 petang dipercayai disamun sebelum dibunuh.

Mangsa ditemui mati oleh anak keduanya yang bertugas sebagai seorang guru ketika pulang dari mengajar kira-kira jam 3.30 petang.