Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Ringgit dibuka tinggi pagi ini berbanding dolar AS disokong oleh harga minyak mentah yang lebih baik.
Ringgit dibuka tinggi pagi ini berbanding dolar AS disokong oleh harga minyak mentah yang lebih baik.
A
A
A

RINGGIT dibuka tinggi pagi ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) disokong oleh harga minyak mentah yang lebih baik.

Pada jam 9.07 pagi, ringgit disebut harga pada 4.0470/0520 berbanding dolar AS daripada 4.0490/0530 ketika dibuka pada Isnin.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes berkata, ringgit kembali kukuh didorong oleh sentimen pasaran minyak yang sedang pulih.

Penanda aras minyak mentah Brent berada pada AS$50.79 setong ketika dibuka pagi ini.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama yang lain.

Ia susut sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.0353/0402 daripada 3.0266/0305 ketika ditutup pada Isnin dan lega berbanding euro kepada 4.9495/9568 daripada 4.9288/9353.

Unit tempatan itu menyusut berbanding yen Jepun kepada 3.9151/9210 daripada 3.9027/9076 pada Isnin dan lemah berbanding pound Britain pada 5.4299/4382 daripada 5.3520/3589. - Bernama

Artikel Berkaitan: