Lelaki maut dalam sawah

Lelaki berusia 30-an ditemui meninggal dunia dalam sawah dipercayai akibat terkena renjatan elektrik.
Lelaki berusia 30-an ditemui meninggal dunia dalam sawah dipercayai akibat terkena renjatan elektrik.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang lelaki ditemui meninggal dunia dalam sawah dipercayai terkena renjatan elektrik di Kampung Mak Limah, Nilam Puri, di sini, hari ini.

Lelaki berusia 30- an itu ditemui orang ramai yang melalui kawasan itu jam 7.50 pagi dalam keadaan terlentang dengan kedua belah kakinya terlipat ke belakang.

Mangsa memakai baju hitam, berseluar biru gelap, memakai sarung tangan dan sebahagian bajunya sudah koyak.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, orang awam yang melalui kawasan itu kemudian memaklumkan kepada polis.

Beliau berkata, lelaki itu meninggal dunia dalam tempoh 24 jam dipercayai akibat terkena renjatan elektrik.

“Kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung penemuan lelaki itu dan mayatnya dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Abdul Rahim menasihatkan orang ramai supaya tidak mendekati pencawang elektrik atau wayar mempunyai arus elektrik bagi mengelak tragedi tidak diingini.

Artikel Berkaitan: