Dungun, Kemaman masih dilanda banjir

Mangsa banjir di Kemaman yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara. - Foto ihsan Facebook Polis Kemaman
Mangsa banjir di Kemaman yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara. - Foto ihsan Facebook Polis Kemaman
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Daerah Dungun dan Kemaman masih dilanda banjir dengan seramai 1,218 mangsa ditempatkan di 18 pusat pemindahan sementara sehingga jam 8 pagi tadi.

Setakat ini kesemua mangsa daripada 321 keluarga itu ditempatkan di tujuh PPS di daerah Kemaman (766 mangsa) dan 11 PPS di Dungun (452 mangsa).

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, keadaan cuaca diramalkan baik walaupun mendung di beberapa kawasan.

Che Adam A Rahman
Che Adam A Rahman

Beliau menjangkakan lebih ramai mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah hari ini.

Menurutnya, paras air sungai utama juga menunjukkan penurunan ketara dan keadaan ini membolehkan kerja-kerja pembersihan bagi pasca banjir dilakukan penduduk terjejas.

"Dalam dua, tiga hari ini cuaca diramalkan baik walaupun Kuala Terengganu, Marang dan Kuala Nerus agak mendung, manakala daerah Kemaman dan Dungun juga agak mendung dan sedikit cerah.

"Mungkin lebih ramai penduduk terjejas akan dibenarkan pulang ke rumah pada hari keenam fasa keempat banjir di Terengganu hari ini rentetan tiada hujan turun sejak semalam," katanya.

Artikel Berkaitan: