Biden terima suntikan vaksin Covid-19

Joe Biden (kiri) menerima suntikan bagi mencegah Covid-19 di Hospital Christiana, Newark, Delaware pada Isnin. - Foto AFP
Joe Biden (kiri) menerima suntikan bagi mencegah Covid-19 di Hospital Christiana, Newark, Delaware pada Isnin. - Foto AFP
A
A
A

NEWARK - Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menerima suntikan vaksin Covid-19 yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen pada Isnin dalam kempen untuk meningkatkan keyakinan rakyat terhadap vaksin itu.

Biden yang berusia 78 tahun memperoleh suntikan itu di Hospital Christiana di Newark, Delaware, manakala isterinya, Jill disuntik lebih awal daripadanya, kata pasukan peralihan Presiden AS.

Beliau memberitahu rakyat Amerika "tidak ada apa yang perlu dibimbangkan" apabila menerima suntikan vaksin dan pada masa sama, mereka perlu memakai pelitup muka dan mendengar nasihat daripada pakar-pakar kesihatan.

Biden dan bakal Wanita Pertama AS itu merupakan tokoh politik berprofil tinggi yang menyertai kumpulan pertama suntikan yang menyasarkan untuk menghentikan pandemik tersebut.

Setakat ini, hampir 318,000 rakyat AS meninggal dunia akibat Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: AS luluskan Moderna sebagai vaksin kedua

Panel penasihat FDA beri lampu hijau

Bakal Naib Presiden Amerika, Kamala Harris dan suaminya akan menerima suntikan vaksin tersebut pada minggu depan.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Naib Presiden AS, Mike Pence dan isterinya memperoleh suntikan vaksin Covid-19 pada minggu lalu.

Bagaimanapun, Presiden Amerika, Donald Trump masih belum menerima suntikan tersebut.

Pemimpin parti Republikan itu yang mendakwa terdapat teori konspirasi yang menyebabkannya tewas kepada Biden daripada parti Demokrat kerana penipuan undi pada pilihan raya Presiden November lalu menyatakan keimunan semula jadi yang dipercayai dinikmatinya selepas pulih daripada dijangkiti Covid-19.

Biden akan menjadi Presiden AS paling tua selepas beliau mengangkat sumpah jawatan pada 20 Januari tahun depan.

Suntikan itu merupakan fasa pertama vaksin Covid-19 syarikat Pfizer yang diberikan kepada rakyat di negara itu dalam dua fasa.

Biden juga menyatakan beliau bersedia melakukan susulan selepas menerima suntikan itu.

Beliau juga menyatakan perkhidmatan yang diberikan oleh kakitangan perubatan di AS sebagai "mengagumkan dan luar biasa."

Biden turut memuji pentadbiran Trump yang perlu diberikan kredit kerana mengawasi pembangunan dan pengeluaran vaksin Covid-19. - AFP