116 pekerja Panasonic Shah Alam positif Covid-19

Foto 123RF
Foto 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd hari ini mengumumkan seramai 116 pekerja di kedua-dua kilang pembuatannya di Shah Alam telah disahkan positif Covid-19.

Menurut kenyataan Panasonic yang disiarkan dalam Bursa Malaysia, syarikat itu telah melakukan ujian saringan kepada kira-kira 2,137 pekerja dan mendapati 116 pekerja telah dijangkiti oleh pandemik itu.

Pejabat Kesihatan Daerah Petaling telah mengarahkan Panasonic untuk menghentikan operasi buat sementara waktu sehingga satu tarikh ditetapkan.

Susulan itu, Panasonic memutuskan untuk menutup syarikat daripada beroperasi bagi membolehkan kerja-kerja pembasmian kuman dijalankan.

“Keselamatan dan kesejahteraan pekerja serta komuniti kami adalah keutamaan kami dalam mengatasi keadaan.

"Syarikat telah dan akan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 secara ketat,” kata Panasonic hari ini.

Panasonic juga mengatakan bahawa latihan pembasmian kuman di premis perkilangan dan tempat tinggal pekerja telah dilakukan secara berkala dengan semua langkah pencegahan yang diperlukan dengan ketat.

Artikel Berkaitan: