Kawal individu, aplikasi promosi perbuatan lucah

No Image Caption
A
A
A

SESIAPA sahaja boleh menjadi seorang penjenayah seksual tanpa mengira usia dan latar belakang.

Cuma yang menjadi kebimbangan ialah bukan sahaja mereka terdiri daripada orang biasa tetapi turut melibatkan individu yang mempunyai latar belakang agama.

Tentu sekali ini amat membimbangkan kita semua.

Selalunya apabila perbincangan melibatkan jenayah seksual kita tidak dapat lari dengan hujah bahawa pegangan agama yang kuat akan dapat menghalang seseorang daripada melakukan perkara tersebut.

Sebenarnya, agama telah memberikan pelbagai panduan kepada seseorang untuk menjalani kehidupan yang baik.

Malangnya, kegagalan individu untuk mengawal hawa nafsu sendiri menyebabkan jenayah seksual itu berlaku.

Sememangnya perjuangan untuk menghapuskan jenayah seksual memerlukan bantuan daripada semua pihak.

Satu daripada usaha penting yang perlu dilakukan sekarang ialah dengan menyekat kewujudan aplikasi-aplikasi yang mempromosikan pelakuan lucah menerusi telefon bimbit.

Artikel Berkaitan:

Perkara kedua yang penting ialah tentang garis panduan atau peraturan melibatkan individu di media-media sosial.

Ini kerana terdapat segelintir individu didapati menggunakan laman sosial untuk mempromosikan diri atau produk dengan cara yang salah.

Sebelum ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah bertindak menyekat laman-laman lucah di negara ini.

Langkah yang dilakukan berkenaan amat digalakkan. Kita juga berharap agar langkah sama dapat diambil terhadap kewujudan aplikasi-aplikasi dan individu yang menyalahgunakan media sosial.

Jika media arus perdana seperti akhbar dan stesen televisyen dikawal menerusi akta mesin dan penerbitan maka media sosial juga perlu dikawal.

Jika kerajaan tidak bertindak segera maka jenayah seksual di negara ini akan terus berlaku tanpa dapat dibendung lagi sehingga boleh merosakkan generasi akan datang.