Varian baharu Covid-19 cetus kebimbangan

Beberapa negara telah mula melancarkan program vaksinasi ke atas petugas barisan hadapan dan golongan paling berisiko. - Foto AFP
Beberapa negara telah mula melancarkan program vaksinasi ke atas petugas barisan hadapan dan golongan paling berisiko. - Foto AFP
A
A
A

LONDON - Laporan penyelidik dari United Kingdom (UK) dan Afrika Selatan berhubung varian baharu Covid-19 yang didakwa lebih mudah merebak telah mencetuskan kebimbangan ramai walaupun pakar virus percaya ia tidak akan melemahkan imuniti vaksin.

Selain itu, pakar kesihatan di UK dan Amerika Syarikat (AS) juga memaklumkan virus yang telah mengalami mutasi itu lebih mudah menjangkiti orang lain.

Ketika ini, tiada bukti menunjukkan ia lebih berbahaya berbanding virus asal, namun kebanyakan negara telah mengambil langkah berjaga-jaga mengumumkan larangan penerbangan dan perjalanan dari UK.

Ketua Penasihat Saintifik di London, Patrick Vallance berkata, virus tersebut merebak dengan cepat dan berada ‘di luar kawalan’ serta menjadi varian dominan yang menyebabkan lebih 60 peratus jangkitan di ibu negara UK pada bulan ini.

Kebimbangan paling besar adalah apabila virus bermutasi dengan mengubah protein pada permukaannya, sekali gus menjadikan ia ‘kebal’ daripada ubat-ubatan atau sistem imun.

“Bukti yang muncul percaya keadaan itu mungkin berlaku dengan koronavirus baharu tersebut. Kini, kita menyaksikan penyebaran beberapa varian dan sebahagian daripadanya menunjukkan ketahanan terhadap rawatan antibodi,” kata Pakar Genetik di Pusat Penyelidikan Barah Fred Hutchinson di Seattle, Trevor Bedford.

Sementara itu, Ketua Penasihat Usaha Pengedaran Vaksin di AS, Dr Moncef Slaoui percaya kemungkinan varian baharu itu ‘kebal’ terhadap vaksin adalah rendah. - Agensi

Info:

Artikel Berkaitan:

- Pada April lalu, penyelidik di Sweden menemui virus yang mengalami dua perubahan genetik yang menjadikan ia kira-kira dua kali ganda lebih berjangkit.

- Beberapa variasi virus juga dikesan membabitkan individu yang mendapat jangkitan daripada ladang cerpelai di Denmark.

- Pada Jumaat lalu, Afrika Selatan turut mengenal pasti virus yang mengalami mutasi yang mencetuskan gelombang jangkitan kedua di negara itu.

- Varian baharu di UK didakwa mempunyai dua perubahan atau lebih termasuk lapan lonjakan protein.