Lelaki terjatuh sungai ditemukan lemas

Mayat mangsa ditemukan tersangkut pada longgokan sampah di Kampar di sini hari ini. - Foto ihsan JBPM Perak
Mayat mangsa ditemukan tersangkut pada longgokan sampah di Kampar di sini hari ini. - Foto ihsan JBPM Perak
A
A
A

KAMPAR - Seorang lelaki yang terjatuh ke dalam Sungai Kinta di jambatan menghubungkan Kampar dan Tanjung Tualang di sini pada Sabtu lalu, ditemukan lemas di sini hari ini.

Mayat L Ramathevan, 22, ditemukan tersangkut pada longgokan sampah di tebing sungai oleh pasukan penyelamat pada jam 12.40 tengah hari.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah, Mohd Norshah Shahri berkata, mayat lelaki itu ditemukan ketika melakukan pencarian di permukaan air.

“Mayat mangsa ditemui terapung kira-kira satu kilometer dari tempat kali terakhir mangsa dilaporkan terjatuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua anjing pengesan bantu cari mangsa terjatuh sungai

“Mayat mangsa segera dibawa naik ke tebing dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat disertai 23 pegawai dan anggota bomba dari BBP Batu Gajah, Pasir Puteh, Kampar dan Teluk Intan serta Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Ipoh dan Unit Anjing Pengesan (K9).

“Operasi yang berlangsung selama tiga hari itu turut melibatkan polis, Rela, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Amal.

Artikel Berkaitan:

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa tamat sepenuhnya jam 1 petang,” katanya.